Friday, August 28, 2009

Topik Hujan

Askum..Selamat mlm..mlm ni aku rase terdetik nak ceritakan sedikit sebanyak cerita kat korang yang sekarang ni bergelar student..sebenarnya camni..pg td sepatutnya aku ada kelas pukul 10..dan waktu tu hujan tengah sedap2 turun membasah bumi..aku pun apa lagi..mulalah nak rasa malas nak pegi kelas..tp niat nak pegi kelas tu masih ada..cuma aku nak pegi lambat sikit..sbb nak bg hujan reda sikit..jadi aku pun berbincang dengan kawan kawan seperjuangan aku.."Dir,camne ni?hujan ni..hang nak pi kelas tak?" Aku pun membalas mesej dia td.."Aku pun tak tau la..hujan lebat ni..kita pi lambat sikit la..tak pa kot..encik **** mesti takkan marah punya.." Kawan aku pun membalas.."Ok2..aku setuju..hang telepon la encik **** bagitau kita pi lambat sikit.."aku membalas.."Ok2..nanti aku telepon dia.."Beberapa saat selepas itu aku pun menelepon encik ****..Perbualan kami camni.."Hello,Askum encik.."Dia menjawab.."Wassalam.."Aku plak ckp.."Encik,kat luar ni hujan encik..camne ni?datang lewat sikit leh tak encik?"..Dia menjawab.."Kat sini pun hujan gak.."Pastu aku dah tak dengar apa2 dan dia terus letak telepon...aku pun hot la..cakap la jelas2..jgn la wat camtu..tau la marah..tp hormat la jugak student yang bg dia duit ni..kalau tak kerana duit yang kitorang bayar yuran 2,dia takkan dapat gaji tau..sabar je aku..last2 aku tak gi gak..huhu..malas la..nanti dia maki hamun bulan pose ni..kurang pahala dia..korang pikir kan la..

Monday, August 24, 2009

Penawar H1N1-Ubat selsema babi pengganti tamiflu(oseltamivir phosphate)

Penawar atau pencegah H1N1 yang telah dinyatakan sebelum ini di dalam akhbar termasuklah Habbatus Sauda dan Tujuh Ramuan Herba Pesara Guru yang terdiri daripada daun mahkota dewa, daun akar cerita, daun Afrika, daun malberi, daun mambu dan buah mengkudu hutan serta buah tunjuk langit. Berikut adalah petikan berita berkaitan dengan penawar atau pencegah H1N1

Jintan Hitam atau Habbatus Sauda atau Diamond Black Seed mampu cegah H1N1 atau Selesema Babi
Sumber: Utusan Malaysia, 14 Ogos 2009.

SHARJAH, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 13 Ogos - Jintan Hitam atau lebih dikenali sebagai Habbatus sauda dalam bahasa Arab dipercayai dapat mencegah jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1).

Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, Jintan Hitam atau Habbatus Sauda atau Diamond Black Seed boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.

Akhbar Al- Khaleej melaporkan, kajian tersebut telah menyebabkan penjualan Jintan Hitam atau Habbatus Sauda atau Diamond Black Seed meningkat sebanyak 50 peratus di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir.

Minuman Jintan Hitam atau Habbatus Sauda atau Diamond Black Seed tersebut turut diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umarah di Mekah dan Madinah. - AGENSI


Ramuan Tujuh Herba: Daun mahkota dewa, daun akar cerita, daun Afrika, daun malberi, daun mambu dan buah mengkudu hutan serta buah tunjuk langit mampu merawat H1N1.

Pesara guru dakwa temui penawar selesema babi
Sumber: Berita Harian, 19 Ogos 2009
Oleh Ridzuan Ahmad

PENDANG: Seorang pengamal perubatan tradisional di Bukit Kuang di sini, mendakwa mampu mengubati Influenza A (H1N1) menggunakan tujuh jenis herba dan buah tempatan yang dihasilkan sendiri sejak sebulan lalu.

Pesara guru, Romli Hussin, 56, mendakwa lebih 200 pelanggan yang menggunakan herba itu termasuk lima ahli keluarganya yang mempunyai simptom seperti H1N1, iaitu demam berpanjangan, batuk, selesema, sakit tekak dan pening kepala pulih selepas beberapa hari mengambil herba berkenaan.

Katanya, kemampuan herba itu untuk mencegahnya teruji apabila anak keempatnya, Rohizati, 20, yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pulang ke kampung selepas universiti itu ditutup seminggu sebagai langkah mengawal penularan wabak H1N1.

“Dia mengalami simptom seperti demam dan sakit tekak dan keadaan itu bertambah serius apabila empat ahli keluarga saya termasuk isteri, Roshidah Ismail, 43, turut mengalami simptom hampir sama.

"Saya terus mengadun tujuh ramuan herba yang terdiri daripada daun mahkota dewa, daun akar cerita, daun Afrika, daun malberi, daun mambu dan buah mengkudu hutan serta buah tunjuk langit untuk dikapsulkan sebelum diberikan kepada Rohizati.

"Selepas beberapa jam mengambil herba ini, anak saya menunjukkan reaksi yang positif dan kembali segar daripada kelesuan. Demam panasnya juga berkurangan dan badannya mula berpeluh," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sebelum itu, Romli sudah menghasilkan 13 jenis produk berasaskan herba yang dihasilkan sendiri menggunakan kepakaran diwarisi daripada ibu bapanya yang mempunyai latar belakang sebagai pengamal perubatan tradisional.

Minat yang mendalam untuk meneroka khazanah alam yang diwarisi sejak zaman berzaman, beliau sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menjalankan penyelidikan termasuk menghantar herba itu untuk dianalisis oleh agensi berkaitan.

Romli berkata, dia juga memberikan herba itu kepada ahli keluarganya dan kenalannya termasuk 60 pelajar sebuah sekolah menengah agama rakyat (SAR) di Batu 16, Jalan Alor Setar-Sungai Petani yang mengalami simptom hampir sama dengan H1N1.

Beliau mendakwa selepas menggunakan herba berkenaan, mereka memberi reaksi positif dan terus mengamalkan herba itu sebagai alternatif mengawal penularan H1N1.

Sementara itu, setiausaha sekolah agama berkenaan, Mohd Najib Fahami Yahya, 54 yang dihubungi berkata, hampir 80 peratus daripada 60 pelajar sekolahnya yang mengalami simptom H1N1 sembuh selepas menggunakan herba berkenaan seminggu lalu.

Mukjizat Nabi Muhammad SAW..


Dalam Bukhari dan Muslim, juga dalam kitab-kitab hadis yang terkenal lainnya, diriwayatkan bahawa sebelum Rasulullah (saw) hijrah, berkumpullah tokoh-tokoh kafir Quraiy, seperti Abu Jahal, Walid bin Mughirah dan Al 'Ash bin Qail. Mereka meminta kepada nabi Muhammad (saw) untuk membelah bulan.

Kata mereka, "Seandainya kamu benar-benar seorang nabi, maka belahlah bulan menjadi dua."
Rasulullah (saw) berkata kepada mereka, "Apakah kalian akan masuk Islam jika aku sanggup melakukannya?"

Mereka menjawab, "Ya." Lalu Rasulullah (saw) berdoa kepada Allah agar bulan terbelah menjadi dua. Rasulullah (saw) memberi isyarat dengan jarinya, maka bulanpun terbelah menjadi dua. Selanjutnya sambil menyebut nama setiap orang kafir yang hadir, Rasulullah (saw) berkata, "Hai Fulan, bersaksilah kamu. Hai Fulan, bersaksilah kamu."

Demikian jauh jarak belahan bulan itu sehingga gunung Hira nampak berada diantara keduanya. Akan tetapi orang-orang kafir yang hadir berkata, "Ini sihir!" padahal semua orang yang hadir menyaksikan pembelahan bulan tersebut dengan saksama.

Atas peristiwa ini Allah (swt) menurunkan ayat Al Qur'an:

"Telah dekat saat itu (datangnya kiamat) dan bulan telah terbelah. Dan jika orang-orang (kafir) menyaksikan suatu tanda (mukjizat), mereka mengingkarinya dan mengatakan bahwa itu adalah sihir." (QS Al Qomar 54:1-2) Subhanallah.

Sumber: http://ccc.1asphost.com/assalamtafsir/Bulan_Terbelah.asp

Gambar artis berkelakuan sumbang..seronokkah nk sebarkannya?


Aku sentiasa tertanya-tanya kenapa ada segelintir pihak media elektronik, khususnya blogger dan pengendali web tempatan suka menyiarkan gambar artis-artis tempatan yang seksi, separuh bogel atau telanjang terus. Adakah dengan memalukan artis-artis tersebut dengan gambar bogel dan seksi mereka dapat memberi kebaikan kepada semua pihak?

Apakah moral yang boleh diperolehi dengan menyiarkan gambar bogel artis-artis tempatan ini? Sedangkan tidak ada teguran atau nasihat yang diberikan oleh kebanyakan pengendali blog atau web tempatan yang menyiarkan gambar-gambar artis bogel tersebut.

Allah SWT telah berfirman (maksudnya):

"... dan janganlah kamu memburuk-burukkan antara satu sama lain. Adakah kamu suka memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati? Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang" (al-Hujurat: 12)

Berita hangat!!


Foto Obama-Joker cetus kontroversi
GAMBAR Obama-Joker banyak didapati di internet dan ditampal di jalan raya bandar Amerika. Perbuatan pelajar disifatkan sebagai 'budaya keganasan'

CHICAGO: Seorang pelajar di sini menjadi tumpuan selepas mencipta gambar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, sebagai 'The Joker', iaitu watak dalam filem Batman: The Dark Knight, foto yang dibuang dari laman web Flickr.

Tindakan pengendali laman berkongsi gambar itu, bagaimanapun, hanya dilakukan dua bulan selepas seorang penggunanya, Shepherd Johnson mendedahkan dia mempunyai 1,200 foto berkenaan, lapor Sydney Morning Herald.

Pelajar yang mencetuskan kontroversi gambar itu, Firas Alkhateeb, diharamkan daripada laman itu lagi selepas meninggalkan komen pada laman rasmi Rumah Putih di web berkenaan.

Alkhateeb dalam ulasannya mengkritik keputusan pentadbiran Obama untuk tidak menyiarkan kepada umum gambar seksaan tahanan tentera Amerika di Iraq serta menyiarkan satu foto menunjukkan seorang tahanan berlumuran darah di Flickr.

Akhbar Los Angeles Times (LAT) minggu ini mendedahkan Alkhateeb sebagai pelajar yang mencipta foto Obama-Joker itu yang kini banyak didapati di internet dan ditampal di jalan raya bandar Amerika.

Imej Obama itu mencetuskan banyak perdebatan di Amerika dan ada pengulas menyifatkannya sebagai 'perbuatan budaya keganasan.'

Alkhateeb, 20, dilaporkan mencipta gambar itu dalam masa lima jam menggunakan grafik kerana bosan ketika waktu rehat di sekolah.

Imej berkenaan kemudian diubah suai pihak tertentu hingga seolah-olah hiasan muka depan majalah Time dan tersebar dengan pantas sebelum pihak lain menafikannya.

Pada masa ini, gambar itu digunakan untuk menjual poster dan kemeja-T dengan perkataan 'socialism' di bawahnya serta banyak dilihat di bandar Los Angeles dan kota lain di Amerika.

Gambar Obama-Joker itu dikeluarkan daripada laman web Flickr beberapa hari lalu atas alasan hak ciptanya diragui selepas agensi berita The Associated Press menuduh pelajar itu menggunakan fotonya.

Pengkritik segera menuduh laman web itu sebagai pro-Obama kerana mereka percaya foto itu adalah satu bentuk satira yang dibenarkan undang-undang hak cipta Amerika.

"Apa yang menggusarkan saya ialah langkah Flickr itu sekali lagi membuat tapisan kepada pengguna mengkritik Obama dan dasar pentadbirannya," kata jurugambar, Thomas Hawk di laman blognya.

Seorang lagi blogger menyiarkan banyak gambar satira bekas Presiden George W Bush di Flickr, termasuk yang menggunakan logo Time.

Alkhateeb ketika mengulas berkata, beliau bukannya mahu membuat kenyataan politik, tetapi sekadar satu cubaan mengubah suai potret mengikut watak filem berkenaan.

Sambil mengakui tidak mengundi dalam pilihan raya presiden yang dimenangi Obama kerana tinggal di Illinois, dia juga berkata: "Dari segi dasar dalam negeri, saya berasa beliau melakukan apa yang baik untuk negara sekarang."

Resource from : http://isuberitahangat.blogspot.com/

1 Malaysia ??


Askum...
1 Malaysia?Apa yang korang paham maksud 1 Malaysia?bagi aku,memang la prinsip 1 malaysia yang diperkenalkan oleh PM kita,najib tu betul..tp cara rakyat malaysia nak menjadikan ianya nyata aku rasa xberapa bagus la..sbb cuba korang tgk la..oleh kerana satu malaysia ni,cara pergaulan kita dah xde batas..aku tgk hanya kerana najib perkenalkan prinsip 1 malaysia ni,seolah olah cina nak ambil kesempatan..mereka seakan akan nak cuba memutar belitkan pemerintahan malaysia..malaysia sepatutnya menjadi satu negara islam..tetapi kenapa ekonomi kita,islam xpegang?kenapa cina yang pegang?itulah najib..memberi muka pada cina..sehingga orang islam ditindas..fikirkan la..

Apa bestnya cerita Indon?


Askum, hari aku nak komen sikit tentang cerita indon yang selalu sgt ditayangkan kat tv malaysia..apa yang bestnya cerita indon?aku tgk xdelah menarik sgt..cara diorang ckp pun kadang2 aku nak tergelak.."kamu jangan ngomong sembarangan"..kelakar btl..kenapa Malaysia harus selalu tayangkan cerita indon ni?dalam Malaysia ni dah xde cerita lain ke?kadang2 sampaikan dah terikut ngan bebudak sekarang..dulu cerita hindustan yang digilakan..sekarang dah tukar plak?aku bukan apa,cuba korang bayangkan..indon selalu kutuk2 malaysia..padahal diorang dapat cari makan dlm malaysia ni la..dapat bini pun orang malaysia gak..nak merompak pun harta orang malaysia gak..jenayah dalam malaysia ni pun kebanyakan dilakukan mamat indon..kenapa kita perlu agungkan sangat orang indon ni?fikirkan la..